Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Wednesday, August 11, 2010

Bangun bersahur sayang....




"Bagun bersahur sayang ..." itu lah ungkapan yang selalu kita ucapkan kepada anak-anak kita bila tiba waktu bersahur . Anak yang dilatih berpuasa dan bersolat akan terus bangun tapi tak kurang juga yang masih berpusing-pusing diatas tilam yang lembut itu... yang bangun pula adakalanya menyambung tidur di tangga dan yang lebih parah menyambung tidur di bilik air...

Itulah anak-anak. Apa pun kerenah dan perangai mereka . Pendidikan wajib diuruskan,jadi ibubapa harus bersabar menghadapi rencah dan ragam gelagat mereka terutama dibulan yang mulia ini .. Ada yang berpuasa tapi di sekolah minum , katanya " adik berbuka puasa sebab dahaga sangat " ada juga yang mengatakan " kat sekolah tadi buka puasa tapi sekarang.... dah puasa balik..kadang-kadang kelakar pun ade .

Bila datang bulan ramadhan ni sesuai dengan "madrasah tarbiyyahnya" , anak-anak tidak terbair dari pendidikanya .Anak-anak perlu diberi pendidikan secara bersantai , mungkin ketika "Ronda" makan angin sementara berbuka puasa . mungkin juga semasa hendak menunggu makanan hendak dijamah selepas membaca doa
"اللهم لك صمنا وبك أمنا وعلى رزقك أفطرنا atau masa lain yang dirasakan bersantai.
Ingat ketika masih kecil,ayah akan membawa dengan menaiki motor unuk pergi membeli ais potong dan pusing seluruh kampung . Bukan apa hanya untuk memberi keseronokan kepada anak yang berpuasa di samping sedikit kata mendidik diberikan sepanjang perjalanan ...itu maksudnya didikan secara santai.



Pendidikan secara bercerita tentang kesabaran para sahabat , bercerita tentang kesabaran pada pejuang di Gaza dan sebagainya ...

Bulan kesabaran ini boleh dilihat dari kesebaran dalam menghadapi kelaparan setelah sehari berpuasa . lihat sajalah gelagat anak-anak kita bila sudah terhidang makanan dihadapan mereka . Oleh kerana kelaparan setelah sehari tidak menjamah makan , ada juga kita melihat perasaan tamak kerana takut tak cukup makanan yang mereka sukai . Antara gelagat mereka menyembunyikan makanan kegemaran mereka dalam peti ais atau di mana-mana tempat bagi mengelakkan makanan tersebut dimakan oleh adik-adik atau abang-abang dan kakak ... gelagat-gelagat inilah yang selalu kita lalui di dalam bulan ramadhan , menjadi kewajiban kepada ibubapa mendidik dan mengasuh mereka dalam keadaan bersantai terhadap "gelagat buruk " mereka , sehingga mereka memahami erti kesabaran dan menghayati ramadhan dengan sempurna ...

Wassalam....

Tuesday, August 10, 2010

Terujanya hatiku ....



Terujanya hatiku bila Allah benarkan diriku memasuki pintu "Madrasah Ramadhan"
" اللهم بلغنا رمضان" . Saat yang ku nanti sudah tiba .. pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup. Apa maksudnya hadis ini ? ..aku terfikr sendiri.... sekian lamaku terfikir .. mungkin ini sebabnya , bila bukanya pintu "Madrasah Ramadhan apabila kita masuk kedalamya, maka kita dapati pelbagai tawaran dan kebaikan dianugerahan Allah kepada hambanya . Kalau nak diibaratkan seperti kita masuk pasaraya yang besar .. dalamnya ada perbagai kedai , ada lapangan makanan yang besar dan bermacam-macam lagi . Bukan sshaja kedainya yang banyak dan besar tetapi ditawarkan potongan dan hadiah yang lumayan kepada pembelinya ...





Baru ini aku kesempatan singgah di Queensbay Pulau Pinang..bila akau masuk saja dalam kawasan queensbay tu pemandanganya cukup indah . Terletak di tepi laut berhadapan pulau Jerejak .. Tempat parking kereta bertingkat-tingkat bukan saja itu bila masuk saja di dalam ruang legarnya ...masyaallah besarnya. Aku lihat ramai orang membeli belah dan ada setengahnya yang menikmati makanan .Tak kurang juga yang melepak ... terutama remaja yang sebangsa dan seagama dengan aku..Banyak kedai dan tawaran potongan hingga menyebabkan aku teruja ...Begitah dengan kedatangan ramadhan terutama bagi hamba Allah yang beriman . Hamba Allah yang ingin mengejar point-point dari pembelian dengan tawaran yang diberikan oleh Allah . Point-point itu pula bisa di tukar dengan syurga Allah bila kita kembali ke sana nanti.




Hatiku juga rasa teruja untuk melakukan amal ibadah seperti solat tarawih,tadarus Al-Quran dan sebagainya ....

Bila aku ke masjid pada malam pertama ramadhan .... aku gembira bila melihat ramainya yang datang .... Dalam benak fikiranku terlintas beberapa persoalan
1. Adakah seramai ini bila dipenghujung ramadhan ?
2. Alangkah baiknya kalau setiap hari seramai ini orang yang solat berjamaah di Masjid atau surau .
3. Kalaulah macam ni punya ramai orang melakukan solat berjamaah terutama solat fardhu sudahpasti Islam sudah lama mencapai kemenangan..
4. Kenapa mesti bulan ramadhan orang solat berjamaah di masjid .

semua persoalan itu aku tinggalkan kepada kiata semua untuk berfikir semperna bulan Ramadhan ini ... sebab fikir sekejap untuk ummat akan diberi pahala oleh Allah kepada kita .

Wassalam.

Monday, August 9, 2010

Dairi Amalanku .... untukmu Ramadhan




4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanaka n juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.


SEMOGA BERJUMPA LAGI DI ESOK PAGI
INSYAALLAH

Monday, August 2, 2010

Selamat Datang Ya Ramadhan Bulan Keberkatan...






Bersedialah muslimin dan muslimat untuk menerima hadiah daripada Allah kepada hambanya yang taat . Hadiah tersebut ialah “bulan Ramadhan yang diberkati” yang melahiran rasa gembira di dalam hati orang beriman apabila menerimanya . Kita bergembira merayakanya dan kemenangan kepada orang yang bersamanya.

Menjadi perkara yang pelik apabila sebahagian manusia menunggu kedatang bulan yang mulia ini dengan susah hati dan keluh kesah. Moga ini adalah salah satu keajaiban di antara keajaiban bulan ramadhan yang dicintai .. bulan yang memenjara syaitan dan jin dan bulan yang membuka pintu-pintu syurga Allah . Seruan kepada orang yang taat ke dalam bulan ini unutk bertemu dengan keindahan Ramadhan “wahai pencari kebaikan Terimalah ... Wahai pencari kejahatan Sempitlah”. Ia adalah bulan yang mendekatkan diri kepada Allah dengan keistemewaan yang banyak dari kebaikan .

Ucapan tahniah kepada sesiapa yang melakukan persediaan dari sekarang untuk bertemu bulan yang mulia ini

Ayuh dari sekarang kita melakukan amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah , kita berharap Allah membantu kita melaksanakan amalan-amalan ini dan memohon kepada Allah diberi oleh Allah kebaikan

AMALAN PERIBADI :

1. Berinteraksi dengan Al-quran dengan membaca dan menelitinya .

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu,


2. Berusaha untuk solat berjamaah dan melakukan solat sunnah qabliyyah dan
badiyyah sepanjang bulan ramadhan
ولا يزال عبدي يتقرَّب إليّ بالنوافل حتى أحبه

3. Melakukan doa ketikan berbuka teruatam untuk kesejahteraan sahabat khususnya
di Gaza
"للصائم دعوة لا ترد

4. Berusaha dua kali dalam seminggu – untuk duduk di dalam masjid selepas
solat subuh untuk membaca al-quran , berzikir , bristiqfar hingga solat duha
– pahalanya seperti orang melakukan umrah dan haji

5. Berusaha dari sekarang untuk persediaan iktiqaf sepuluh akhir atau bangun
malam secara individu

مَن قام ليلة القدر إيمانًا واحتسابًا غُفر له ما تقدَّم من ذنبه

KELUARGA

1. Berusaha bersama anak-anak dan ahli keluarga membaca dan mentadabur
al-quran .

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu),
supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan
janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

2. Berusaha menberi tazkirah sebelum berbuka tentang pengajaran dan rahsia
Ramadhan.

3. Berusaha menghubungkan silaturrahim dengan menziarahi kaum keluarga dan
sahabat ,serta menanam nilai-nilai ukhuwah di dalam hati anak-anak bersama
mereka

4. Berhubung dengan jiran-jiran dengan menziarahi dan memberi hadiah atau tukar
juadah

5. Menjemput kaum keluarga dan sahabat berbuka puasa di rumah


DIDIK ANAK-ANAK

1. Galakan kepada anak-anak berada di masjid dalam bulan ramadhan bersama
menghidupkan perananya

2. Menyuruh anak-anak bersama dalam melakukan kebaikan di dalam bulan ramadhan

3. Menggalakan anak-anak bersama ibubapa menunaikan solat qiam dan tahajjud di
dalam bulan ramadhan

4. Mengurangkan waktu dihadapan computer,telivisen dalam bulan ramadhan untuk
menambahkan mereka dalam melakukan pekerjaan kataatan dan ibadat.

5. Menghidupkan projek dakah fardiyyah , menghubungkan antara individu dengan
berdakwah kepada rakan dan kawan anak-anak untuk menghidupkan bulan ramadhan

لأن يهدي الله بك رجلاً واحدًا خيرٌ لك من الدنيا وما عليها

Wahai sahabatku ... semoga engkau mendapat keberkatan dan balasan yang terbaik dari Allah atas usha mengajak diri , keluarga dan masyarakat mendekatkan diri kepada Allah ....Amin

Sumber :
Ikhwan Online
بقلم: عبد الحميد بنداري

Saturday, July 24, 2010

Syaban datang ....kami menunggu Ramadhan


Assalamualaikum....sahabat yang dikasihi,

Bulan syaaban datang lagi . Mengigatkan kita tentang Ramadhan sudah tidak lama lagi akan tiba. Kedatangan Syaaban adalah hikmat dari Allah memperingatkan kita untuk menyediakan diri sebagai "muqaddimah" untuk masuk ke madrasah Ramadhan.
Pasaraya Ramadhan yang luas dan mempunyai banyak barang dan tawaran yang akan diwar-warkan oleh Allah bagi siapa yang berada didalamnya . Siapa yang sudah berkira-kira merebut tawaran tersebut , maka ia sudah mula membuat beberapa persediaan untuk merebut peluang ini . Bulan syaaban bulan persediaanya , bersedia untuk membuat latihan ibadahnya,bacaan Al-Quranya , sedekahnya , Qiamullailnya , puasanya dan bermacam-macam lagi latihan . Kalau boleh nak diibaratkan dalam bentuk kehidupan kita ,kalau dengar saja pasar raya akan menawarkan banyak tawaran pada bulan hadapan sudah tentu kita menunggu-nunggu masanya . pelbagai persiapan dibuat antaranya : Duit gaji disimpan,senarai panjang barangan akan dibuat , malah sudah ada pun maklumat barang-barang yang ditawarkan ... itu tawaran pasar raya
Tapi malangnya kita pada hari ni terlupa nak tengok maklumat-maklumat tawaran bulan Ramadhan malahan sesetengah orang dalam masyarakat kita amat takut bila disebut bulan Ramadhan .... Kita fikrlah sendiri kenapa ... bicara lag dilain waktu..

Wassalam

Wednesday, March 31, 2010
















Assalamualaikum....

Suatu hari saya berkesempatan berbual dengan seorang guru kaunselor sebuah sekolah asrama penuh . Berbual berkenaan perangai pelajar-pelajar yang perbagai macam ragam . malahan bukan saja perangai pelajar yang bermacam ragam , tetapi perangai guru pun pelbagai ragam .
keluhan kaunselor " kesian pada pelajar dik kerana tekanan untuk mendapat "A" dalam semua subjek menyebabkan kebanyakan guru amat menekankan "A" "A" "A" sepanjang hari . Kebanyakan guru asyik menyebut kalimah motivasi sampai dah tepu kepala dibuatnya. Yang paling kelakar , ade pelajar yang memohon kepada beberapa guru jangan lagi menyebut berkaitan dengan motivasi .... itu satu hal....

Satu hal lagi kesian pada pelajar katanya " banyak sangat program yang sekolah buat sampai pelajar tak sempat nak bernyawa" . Bila dengar keluhan tu rasa kesian pun ade, tapi maklumlah sekolah akan berusha bersungguh-sungguh untuk menjadi sekolah cemerlang , bukan saja cemerlang di negeri tersebut tapi kalau boleh cemerlang di seluruh Malaysia . Baru meletup dan cikgunya pun meletup-letup :) . Tapi kesian juga pada pelajar anak bangsa tu , mereka pun ada hati dan ada perasaan .Meraka juga ade rasa penat dan letih ... saya rasa kalau dah terlalu tepu, pelajar akan menjadi cepat marah disebabkan tertekan . kesannya kadang-kadang mereka akan membenci sekolah dan beberapa guru , akhirnya akan ade budaya merosakan harta sekolah dan lain-lain. Ada juga sampai ketahap membuli adik-adik dibawah seliaan mereka di asrama..... kasihani lah mereka ..anggaplah mereka anak kita sendiri..

Selain itu , terkejut juga bila terdengar penerangan dari guru tersebut .... " Sekolah ni ade masalah yang besar , tapi bukan masalah disiplin ..." tertanya-tanya di benak fikiran ni , masalah apa pula , kalau bukan masalah disiplin . Lalu saya bertanya " habis masalah ape cikgu ?" Jawab cikgu tersebut dalam keadaan selamber " masalah tidur "...sekali lagi mengejutkan saya " kenapa mereka tak boleh tidur ke ? ... Jawab cikgu tersebut " bukan tak boleh tidur , tapi dah lebih tidur " . Semua pelajar suka tidur dalam kelas ... itu lah masalahnya ... Baru lah saya faham. Kenapa jadi macam tu . itu persoalan yang perlu dijawab .

1. Adakah mereka tidak cukup tidur di asrama?
2.Adakah mereka ada program tersendiri pada waktu tengah malam di asrama?
3. Adakah mereka dah penat otak , ditambah dengan tekanan kerja setiap hari yang diberi oleh guru
4. Atau sudah menjadi tabiat pelajar asrama suka tidur dalam kelas.

Jadi saya tinggalkan persoalan tersebut kepada pembaca untuk sama-sama kita fikirkan... kalau dah dapat jawapan saya akan tulis disini nanti :) ...

Akhirnya " Pemuda harapan bangsa, pemuda harapan Ummah dan harapan agama... kita murabbi,muallim dan mursyid ... fikir-fikirkan bersama.."

Wassalam

Tuesday, January 19, 2010

lembaran baru .... sudah lama tidak membuka buku.





Assalamualikum...

Bersua semula ...dalam lembaran baru , kedatangan tahun baru 2010 sudah mula menjelang dan tahun 2009 pula sudah berlalu ..... bila menjelang 2010 maka bermulalah lembaran baru terutama apabila berpindah ke tempat berkerja baru dengan suasana baru , bangunan baru ... pelajar baru ... dan pelajaran pun baru ....
Mengajar pelajar yang lebih dewasa ni lain sikit cara dan pendekatanya .. perlu banayak sikit bahan dan rujukan ... maka bermulalah semangat baru untuk membuka dan membaca kitab-kitab lama yang dibeli semasa beajar dahulu ... sebelum mengajar kenalah merujuk dulu . lepas itu baru lah sedap nak mengajar nanti dengan bahan-bahan yang telah disediakan. Inilah pengalaman baru dan mencabar minda selain itu dapat mengulangi kembali pelajaran yang sudah lama ditinggalkan .
Pendekan juga berbeza , teringat ungkapan Sadatina Ali "Didiklah anak kamu pada 7 tahun pertama bermain denganya , 7 tahun kedua disiplinkan dia , 7 tahun ke 3 jadikan dia rakan dan 7 tahun ke 4 jadikan dia sahabat ..." ungkapan yang menarik terutama berhadapan dengan pelajar yang sudah dewasa perlu kepada berkawan dan menegur dengan penuh hikmah agar dia tidak berusaha menjauhkan diri dari kita .. " ini lah uslub atau cara kita mendekata anak-anak bukan saja anak-anak kita , tetapi anak rakan taulan kita . Membentuk anak-anak muda bukan lah perkara senang sebab kalau rebung rasanya sudah hampir nak jadi buluh ...
Apa pun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik di tempat baru semoga saya dan semua staf di tempat baru di berkati dan diberi kekuatan oleh yang maha esa.... Amin ya Rabb...